Tuesday 13 September 2011

bungaemas: Filem Bukit Kepong berdasarkan sejarah sebenar - J...

bungaemas: Filem Bukit Kepong berdasarkan sejarah sebenar - J...: JINS Shamsuddin pada sidang akhbar khas mengenai filem Bukit Kepong di Studio Panca Delima, Hulu Kelang, Kuala Lumpur, semalam. KUALA ...

Malaysia-Brunei tingkat hubungan pertanian

BANDAR SERI BEGAWAN 14 Sept. - Malaysia akan meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan Brunei dalam bidang pertanian dan industri asas tani yang melibatkan peringkat pusat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ketika ini hubungan dua hala banyak dijalankan melibatkan Brunei dengan Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia dan Brunei bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perkara tersebut.

”Kita pada peringkat persekutuan akan menambah baik lagi kerjasama yang sedia ada. Secara prinsipnya kita setuju untuk bekerjasama dalam aspek yang lebih luas dalam bidang pertanian seperti perikanan, veterinar dan tanaman,” katanya ketika ditemui di sini.

Kerjasama yang lebih erat dalam bidang pertanian antara Malaysia dan Brunei merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam rundingan tahunan ke-15 antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini pada Isnin.

Noh berkata, Malaysia dan Brunei juga bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja Bersama supaya pegawai-pegawai terlibat dapat memantau apa saja perkara yang dipersetujui bersama.

” Kami akan kaji MoU untuk ditandatangani. Kita akan tubuh jawatankuasa itu di peringkat kita. Paling lambat tahun depan kita kena selesaikan,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

Wednesday 10 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sempena bulan yang mulia ini eloklah kita tingkatkan amal ibadat dan banyakkan sedekah. Apa pun langkah berjimat cermat dan bijak berbelanja perlu disemai dalam individu. Selamat berpuasa!!!!...